Biri-biri di Malaysia Biri-biri

Biri-biri tempatan di Malaysia hanya terdapat di Kelantan dalam 2 jenis. Satu jenis mempunyai bulu yang lembut dan halus dan mempunyai telinga kecil, sementara sejenis lagi mempunyai bulu yang kasar dan keras, dan telinga biasa. Biri-biri Kelantan lebih kecil berbanding yang diimpot daripada Hong Kong, Singapura atau Bangkok, dan juga tidak menyerupai biri-biri di Burma dan India.

Biri-biri yang terdapat di Kelantan tidak diketahui asalnya, mungkin mampu ditentukan dengan kajian DNA. Bagaimanapun, biri-biri tersebut telah menyesuaikan diri dengan kawasan tempatan di Kelantan, Patani dan sebahagian Terengganu. Ia tidak terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia.

{W.A Graham ( 1905 ) " Kelantan : A State of The Malay Peninsula " ,

diterbitkan oleh James Maclehose and Sons, Glasgow (1908) - Chapter XIII : Live Stock, page 85 ~ 86 rujukan.

Termasuk biri-biri tempatan, terdapat tiga kumpulan biri-biri:

  1. Biri-biri tempatan (MALIN);
  2. Jenis eksotik (asal dari luar negeri);
    1. Dorset
    2. Wiltshire
    3. Romney
    4. Suffolk
    5. Corriedale
    6. Border Leicester
  3. Kacukan-kacukan di atas.